KPLB komited sasaran 2 juta pengunjung

Rina merasmikan Kapsul Usahawan@KPLB di Putrajaya hari ini.
Rina merasmikan Kapsul Usahawan@KPLB di Putrajaya hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) komited sasaran dua juta pengunjung pada Karnival Usahawan Desa (KUD) dapat dicapai meskipun keadaan cuaca diramalkan hujan pada sebelah petang berikutan fasa peralihan monsun.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, langkah-langkah telah diambil bagi memastikan keselesaan pengunjung.

"Kita sediakan laluan berbumbung yang menghubungkan antara khemah pameran dan jualan, malah pameran juga diadakan dalam khemah dan berhawa dingin.

"Jangan risau. Datanglah beramai-ramai kerana terdapat pelbagai produk, program dan pameran yang ditawarkan kepada pengunjung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kapsul Usahawan@KPLB di sini hari ini.

KUD@KPLB diadakan selama lima hari bermula hari ini sehingga Isnin di Jalan Permodenan, Pekarangan Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya.

Sasaran jualan yang ditetapkan adalah sebanyak RM40 juta dan sebanyak 1,000 pempamer sepanjang karnival berkenaan.

Buat julung kalinya, KUD memperkenalkan konsep baharu showcase program keusahawanan yang dilaksanakan KPLB untuk tatapan orang ramai.

Kapsul Usahawan @KPLB adalah cubaan untuk memberi kelainan kepada segmen pameran KUD dengan pengunjung bukan sahaja boleh melihat, mendengar atau membaca kandungan bahan pameran tetapi juga boleh berinteraksi dengan bahan-bahan berbentuk interaktif semasa berada di dalam kapsul tersebut.

Artikel Berkaitan: