X

Kindly register in order to view this article
!

Wad bersalin Hospital Tanah Merah terbakar

Gambar hiasan
A
A

TANAH MERAH- Kakitangan dan pesakit di Hospital Tanah Merah di sini dikejutkan dengan kejadian litar pintas yang menyebabkan kebakaran di wad bersalin kira-kira jam 11.00 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah Mohd Rafain Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 11.05 malam daripada pihak hospital berhubung kejadian terbabit.

"Susulan itu pihak hospital telah mengosongkan bangunan terbabit dengan memindahkan kakitangan dan pesakit ke tempat berkumpul.

"Pihak kami mendapati kebakaran melibatkan litar pintas di bahagian dewan bersalin hospital terbabit," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata selepas pemeriksaan dilakukan, keadaan terkawal dan bangunan terbabit selamat untuk meneruskan operasi seperti sediakala.

"Sebuah jentera bersama enam anggota terlibat bagi melaksanakan tugas-tugas menyelamat dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan disebabkan kejadian itu," katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus