TNB waspada ancaman UniKL

No Image Caption
A
A
A

TENAGA Nasional Berhad (TNB) akan berwaspada dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang dianggap kuat di atas kertas dalam kempen Liga Hoki Malaysia 2019 (MHL 2019).

Ketua jurulatih TNB, Nur Saiful Zaini Nasiruddin berkata pencabar dalam kempen liga hoki musim ini merupakan pasukan yang menggunakan khidmat pemain import.

“Kita tahu UniKL antara yang terbaik kerana mempunyai penjaga gol dari Ireland, David Harte dan tiga pemain dari Belanda yang menguatkan skuad mereka musim ini,” katanya selepas majlis penyerahan tajaan TNB kepada Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) dan sesi memperkenalkan pasukan hoki TNB serta TNB Thunderbolts bersempena TNB-Liga Hoki Malaysia 2019.

Nur Saiful Zaini berkata pasukan TNB menyasarkan kedudukan dua teratas dalam saingan Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL 2019) kali ini.

Dalam saingan TNB-MHL 2018, TNB menamatkan saingan di tempat ketiga, di belakang Terengganu Hockey Team dan UniKL.

TNB akan terus tampil sebagai pasukan yang menggunakan semua pemain tempatan dengan dibarisi 10 pemain negara antaranya penjaga gol S Kumar dan penyerang berbisa, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil. - Bernama

Artikel Berkaitan: