Gempa Filipina: Empat mati termasuk tiga kanak-kanak

Empat terbunuh termasuk tiga kanak-kanak dalam kejadian gempa bumi yang melanda selatan Filipina semalam, kata pihak berkuasa hari ini.- Foto Agensi

A
A
A

MANILA - Empat terbunuh termasuk tiga kanak-kanak dalam kejadian gempa bumi yang melanda selatan Filipina semalam, kata pihak berkuasa hari ini.

Gempa bumi dengan kekuatan 6.4 magnitud itu menggegarkan wilayah Mindanao malam semalam.

Pihak berkuasa hari ini mengesahkan empat orang terbunuh dan pihaknya tidak menerima laporan korban atau kecederaan dari bandar utama lain di Mindanao.

Dua daripada kanak-kanak dilaporkan terbunuh akibat kediaman runtuh manakala seorang ibu dan anaknya berusia lima tahun terkorban akibat tanah runtuh, kata pihak berkuasa kepada AFP.

Filipina yang berada dalam Lingkaran Api Pasifik kerap merekodkan aktiviti seismik. - AFP

Empat terbunuh termasuk tiga kanak-kanak dalam kejadian gempa bumi yang melanda selatan Filipina semalam, kata pihak berkuasa hari ini.- Foto Agensi
Empat terbunuh termasuk tiga kanak-kanak dalam kejadian gempa bumi yang melanda selatan Filipina semalam, kata pihak berkuasa hari ini.- Foto Agensi

Artikel Berkaitan: