Protes graduan UM bukan jenayah, kata Adam Adli

Adam
Adam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aktivis pelajar, Adam Adli menegaskan bahawa tindakan graduan Universiti Malaya (UM), Wong Yan Ke melakukan protes di pentas konvokesyen bukan satu tindakan jenayah.

Sebaliknya menurut Adam kepada The Star Online, Yan Ke, 24, melakukan tindakan yang unik ketika membuat protes berkenaan.

"Dia cuba menimbulkan isu politik, tetapi respons yang beliau terima adalah bersifat perkauman kerana iklim politik sekarang," kata Adam yang merupakan pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim.

Adam sendiri sebelum ini pernah digantung akibat memprotes UPSI.

Adam juga percaya tindakan Yan Ke itu sah dan beliau turut mempersoalkan bagaimana seorang Naib Canselor daripada sebuah universiti yang mempunyai tradisi kepelbagaian bangsa yang kuat dapat mengeluarkan kenyataan yang kurang sensitif ketika Kongres Maruah Melayu.

"Saya tidak fikir Yan Ke menyokong perkauman - tetapi sebaliknya yang berlaku," katanya.

Adam berkata, UM boleh menggunakan mekanisme dalaman untuk menangani kes itu dan bukannya membuat laporan polis.

Mengulas kritikan terhadap Yan Ke yang mencemari majlis konvokesyen berkenaan, Adam mempersoalkan adakah graduan itu akan diberikan tempat untuk membuat protes selepas ini?

Artikel Berkaitan:

"Jika dia telah memprotes di hadapan dewan, adakah anda fikir mereka akan membiarkannya?" soalnya.

Selasa lalu, UM membuat laporan polis berhubung tindakan seorang graduan kejuruteraan awam yang mengangkat plakad tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ di hadapan tetamu dan pentadbir tertinggi UM semasa sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59.

UM berkata, kelakuan graduan berkenaan biadab dan tidak dapat diterima sama sekali.

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan biadab: Boleh kecam tapi jangan rampas ijazah

Graduan biadab: Petisyen tuntut UM tarik balik ijazah

Kit Siang gesa UM tarik semula laporan polis terhadap graduan