Rejim penjagaan Vivy Yusof

No Image Caption
A
A
A

VIVY Yusof atau nama sebenarnya, Vivy Sofinas Yusof antara wanita muda yang berjaya dalam bidang keusahawanan.

Kecemerlangan beliau terbukti menerusi dua jenama, FashionValet (syarikat e-dagang fesyen) dan The Duck Group yang menawarkan koleksi tudung, kosmetik, tas tangan dan aksesori.

Lebih istimewa, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi menggalakkan para mahasiswa berkecimpung dalam bidang keusahawanan.

Yang pasti, Vivy, 32, bijak membahagikan masa antara diri sendiri, keluarga dan peranannya sebagai Ketua Pegawai Kreatif FashionValet dan Pengasas The Duck Group.

THE Duck Group yang menawarkan koleksi tudung, kosmetik, tas tangan dan aksesori.
THE Duck Group yang menawarkan koleksi tudung, kosmetik, tas tangan dan aksesori.

Barangkali boleh dijadikan contoh, ikuti perkongsian Q&A beliau bersama Femina pada pembukaan butik baharu Duck di gedung 1Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: