Maklum awal tanam padi, elak benih lambat sampai

Mukhriz (dua dari kanan) mendengar penerangan dari Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub (kiri) tentang perjalanan sekumpulan pendaki dari pasukan APM Kedah yang berjaya mengibarkan jalur gemilang di puncak Annapurna, Nepal.
Mukhriz (dua dari kanan) mendengar penerangan dari Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub (kiri) tentang perjalanan sekumpulan pendaki dari pasukan APM Kedah yang berjaya mengibarkan jalur gemilang di puncak Annapurna, Nepal.
A
A
A

ALOR SETAR - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) berharap petani tidak lagi lewat memaklumkan permintaan benih padi bersubsidi kerana mampu menjejaskan proses sehingga menyebabkan benih padi lambat sampai.

Pengerusi Mada, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya sedang berusaha memastikan masalah tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

Bagaimanapun, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah enggan mengulas lanjut punca lain kerana kerajaan sedang menyelesaikan perkara itu.

"Saya nampak tidak ada satu pihak yang boleh dipersalahkan mengenai kelewatan pengagihan benih padi. Kita akan cari pendekatan lain supaya perkara ini tidak berulang," katanya selepas Majlis Perhimpunan Pagi Penjawat Awam dan Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman hari ini.

Mukhriz berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai benih padi bersubsidi yang lambat sampai kepada petani musim ini.

Beliau juga tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan dengan melewatkannya dan menuduh kerajaan sengaja melewatkan pengagihan benih padi tersebut.

"Masih ada sebab lain dan akan kita selesaikan sebaik mungkin," katanya.

Artikel Berkaitan: