Graduan biadab: Boleh kecam tapi jangan rampas ijazah

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak bersetuju dengan desakan pihak-pihak tertentu agar menarik semula ijazah sarjana muda milik Wong Yan Ke, 23.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Muar itu dalam ciapan terbaharu menerusi akaun Twitternya, malam tadi.

Pada masa sama, Syed Saddiq juga tidak bersetuju pentas konvokesyen dijadikan sebagai pentas protes.

"Saya tidak bersetuju untuk menggunakan pentas konvokesyen sebagai pentas protes. Hari itu milik semua graduan dan ibu bapa untuk bergembira.

"Saya juga tidak bersetuju dengan desakan untuk merampas ijazah. Kita boleh kritik dan kecam tindakan itu tanpa merampas ijazah yang diusahakan selama lebih 4 tahun,” tulis beliau.

Ciapan itu sebagai mengulas tindakan Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) iaitu pertubuhan bukan kerajaan yang melancarkan melancarkan petisyen di media sosial menuntut UM menarik balik ijazah pertama milik Yan Ke.

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan biadab: Petisyen tuntut UM tarik balik ijazah

Graduan biadab: UM buat laporan polis

Artikel Berkaitan:

Petisyen itu digerakkan susulan tindakan biadab graduan itu mengangkat plakad tertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ di hadapan tetamu dan pentadbir tertinggi UM sewaktu konvokesyen ke-59 di institusi pengajian tinggi awam tersebut.

Petisyen khas dilancarkan dengan menyatakan dua perkara utama iaitu menuntut UM menarik balik ijazah sarjana muda dan menuntut permohonan maaf secara terbuka oleh Wong Yan Ke kepada Naib Canselor UM, Datuk Ir Abdul Rahim Hashim.