Liverpool mahu hapus badi di Old Trafford

Kelibat Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino diharap mampu merobek gawang United.
Kelibat Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino diharap mampu merobek gawang United.
A
A
A

LIVERPOOL tidak mempunyai alasan untuk tidak mencatatkan kemenangan ke atas Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford Ahad ini.

Pemain pertahanan, Andrew Robertson berkata, Liverpool sedang berada pada tahap terbaik permainan untuk mengakhiri badi catatan buruk di stadium keramat United.

Kali terakhir Liverpool menang di Old Trafford adalah pada musim 2013/2014 yang pada ketika itu masih diketuai oleh legenda The Reds, Steven Gerrard.

"Saya rasa apa yang membuat perlawanan ini begitu istimewa adalah sejarahnya. Perlawanan-perlawanan hebat antara kedua-dua pasukan sudah berlaku cukup lama.

"Kedua-duanya sering jadi pasukan utama dengan keinginan untuk menang setiap kali bertarung di atas padang. Sentiasa ada detik-detik debaran dan cemas.

"Sudah tentu ini akan jadi perlawanan yang dinantikan dan kami pemain Liverpool mengetahui atmosfera dalam setiap perlawanan menentang United akan berbeza.Tetapi, kami sudah bersedia," katanya.

The Red Devils ketika ini tampil kurang konsisten selain ramai pemainnya dibelenggu kecederaan sekali gus menyaksikan Liverpool berpeluang meraih tiga mata berharga dalam perlawanan itu nanti.

Malah, kelab kendalian Jurgen Klopp itu juga mendapat tonik terbaik selepas dua tonggak utamanya, Alisson Becker dan Joel Matip telah pulih daripada kecederaan.

Artikel Berkaitan:

"Sejak saya jadi pemain Liverpool, kami tidak pernah menang di Old Trafford. Saya harap ia akan berubah pada Ahad ini," katanya.

Liverpool berada di kedudukan teratas liga dengan 24 mata daripada lapan perlawanan.