Jihan Muse menang Anugerah Persembahan Komedi Terbaik peringkat Asia

Jihan Musa dedikasi kemenangan buat peminat. FOTO: Instagram Jihan Muse
Jihan Musa dedikasi kemenangan buat peminat. FOTO: Instagram Jihan Muse
A
A
A

PELAWAK dan pengacara, Jihan Muse telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Persembahan Komedi Terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia (AAA) 2019 pada Rabu.

Kemenangan Jihan itu menerusi lakonannya dalam telefilem Keluarga Baha Don yang disiarkan di saluran perkhidmatan penstriman Viu.

Jihan atau Nuur Jihan Musa, 36, mendedikasikan kemenangan tersebut buat para peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya selama ini.

“Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Best Comedy Performance In Asian Academy Creative Awards, Cannes.

“Tahniah #kesuma, @viumalaysia, @anomalousfilms @susan_lankester @kyerotherapy dan everyone involved in this Malaysian Mafia Series #keluargabahadon. See u At Season 2 Best Comedy Programme

“Untuk pendukung @jihanizer jangan kecewa mak tak menang kat ABP, AME.. nah ambik ni untuk korang. Tq @mylolentertainment,” tulis Jihan.

Difahamkan setiap pemenang dinilai sebagai yang terbaik di negara masing-masing dalam kategori dipilih di mana terdapat 35 kategori bagi setiap negara yang dipertandingkan di dalam AAA.

Pemenang akan mewakili negara masing-masing bersama 15 negara lain pada malam gala yang bakal berlangsung Disember nanti.

Artikel Berkaitan: