Koleksi Capsule Wardrobe 2019 tampil 10 rekaan yang lebih dinamik

ANTARA koleksi pakaian yang diperagakan sekali gus membuka tirai Capsule Wardrobe 2019.
ANTARA koleksi pakaian yang diperagakan sekali gus membuka tirai Capsule Wardrobe 2019.
A
A
A

KOLEKSI Capsule Wardrobe 2019 pastinya dinantikan apabila label itu baru-baru ini menampilkan 10 rekaan segak dan bergaya buat lelaki budiman untuk menghadiri mesyuarat rasmi atau majlis keramaian.

Cetusan ilham oleh jenama penggubah busana yang terkemuka di tanah air itu mengetengahkan penampilan berbeza meliputi lima gubahan utama, dikhususkan untuk dipakai dalam apa jua majlis atau acara.

Daripada gubahan sut urusan untuk pemakaian formal hinggalah ke Sports Jacket yang menzahirkan penampilan yang serba rapi dan kasual, ternyata koleksi Capsule keluaran Wardrobe terus mengungguli koleksi pakaian yang perlu dimiliki oleh setiap lelaki.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wardrobe Malaysia, Lim Fang Heng, pihaknya menyifatkan rekaan pakaian itu bakal menjadi keperluan ikonik yang harus dimiliki oleh setiap lelaki untuk memenuhi cita rasa fesyen mereka.

“Tidak kira apa jua situasinya, anda boleh menaruh keyakinan terhadap busana yang digubah ini. Pakaian siar atau streetwear sesuai untuk situasi yang tertentu, namun dengan koleksi gubahan pakaian yang bersifat abadi ini, anda boleh mengenakannya pada bila-bila masa,” ujarnya.

Dengan menekankan nuansa kementerengan dan gaya urban, koleksi tersebut mempamerkan keterampilannya yang memenuhi keperluan pakaian untuk tujuan mesyuarat bisnes, mahupun untuk acara waktu malam.

Koleksi Capsule 2019 yang menyerlahkan elemen fesyen lelaki itu kategorikan kepada gaya-gaya berbeza.

Artikel Berkaitan:

KETUA Pegawai Eksekutif Wardrobe Malaysia, Lim Fang Heng, pihaknya menyifatkan rekaan pakaian itu bakal menjadi keperluan ikonik yang harus dimiliki oleh setiap lelaki untuk memenuhi cita rasa fesyen mereka.
KETUA Pegawai Eksekutif Wardrobe Malaysia, Lim Fang Heng, pihaknya menyifatkan rekaan pakaian itu bakal menjadi keperluan ikonik yang harus dimiliki oleh setiap lelaki untuk memenuhi cita rasa fesyen mereka.

Berikut ialah perinciannya:

Sut rasmi

Rekaan sut rasmi membuka tirai Capsule Wardrobe 2019 dengan pakaian dunia perniagaan dan lambang elegan.

Ia terdiri daripada jaket dan seluar panjang sama warna dan corak serta tenunan fabriknya.

Bersama sehelai baju kemeja dan tali leher, sut itu biasanya dipakai untuk tujuan perniagaan atau situasi formal.

Di samping itu, ia juga menawarkan waistcoat yang memberi sentuhan formal ke atas penampilan yang lebih kemas dan rapi.

Sut berbutang dua baris

Lagi satu variasi sut rasmi tersebut ialah sut berbutang dua baris yang disertakan dua lapisan fabrik yang bertindan.

Sut berbutang dua baris itu dipakai dengan mengenakan butang sebenarnya menyuntik kepada penampilan yang serba rapi.

Diukur, dipotong dan digubah dengan tepat untuk tubuh badan pemakainya, sut jenis tersebut juga memberi penampilan yang penuh sofistikated buat si lelaki.

Pakaian formal untuk lelaki bergantung kepada waktu-waktu yang tertentu dan sut siang (Day Suit) berfungsi sebagai pakaian yang tepat yang hadir dengan warna lebih ringan seperti kelabu cair dan tona warna bumi.

The Blazer

Koleksi Capsule 2019 keluaran Wardrobe juga memperkenalkan The Blazer iaitu pakaian yang diinspirasi daripada pakaian tentera laut.

Biasanya blazer dipakai dalam warna biru kelasi, dipadankan dengan butang bras serta diukir dengan ikon yang melambangkan kapal tentera laut.

Kini, butang bras tidak lagi dikenakan pada pakaian itu, namun blazer terus mengekalkan tona warna biru kelasi yang sama.

Seperti warga tentera laut, blazer juga dipakai oleh individu untuk mesyuarat perniagaan yang kasual, aktiviti pelancongan termasuk aktiviti kelab sukan seperti mengayuh, tenis dan golf.

Blazer dalam koleksi kapsul itu membawakan tona warna biru kelasi yang dapat diserasikan dengan baju kemeja, kemeja polo dan seluar panjang yang meliputi pelbagai palet warna termasuk kelabu, putih atau khaki.

KOLEKSI jaket sukan yang diserlahkan dengan warna, corak dan tekstur yang menarik, ia sempurna untuk majlis jamuan dan makan malam.
KOLEKSI jaket sukan yang diserlahkan dengan warna, corak dan tekstur yang menarik, ia sempurna untuk majlis jamuan dan makan malam.

Jaket sukan

Untuk menzahirkan penampilan yang kasual dan versatil, label itu turut memperkenalkan jaket sukan (Sports Jacket).

Sports Jacket disarungkan di atas chino dan kemeja polo atau denim klasik dan kemeja putih untuk menambahkan lagi elemen tekstur dan gaya ke atas pakaian tersebut yang biasanya tampak sederhana.

Karakteristik Sports Jacket diserlahkan dengan warna, corak dan tekstur yang menarik dan ia sememangnya sempurna untuk majlis jamuan dan makan malam.

Tuksedo dan jaket makan malam

Koleksi Capsule turut membawakan konsep tuksedo dengan rekaan lapel berbutang sebaris dalam warna biru gelap iaitu alternatif bagi warna hitam.

Ia digandingkan dengan tali leher kekupu dan kemeja majlis makan malam berwarna putih. Padanan itu mampu menyerlahkan ciri formaliti.

Akhir sekali, koleksi tersebut juga menampilkan jaket majlis makan malam dan versi tuksedo yang lebih versatil.

Sesuai untuk majlis formal terutamanya jika kod pakaian tali leher hitam dikenakan, ia juga tepat untuk acara-acara sosial seperti parti mewah dan majlis penganugerahan.