100 hektar lombong emas haram dikesan

Jenkaut disita dipercayai digunakan untuk aktiviti melombong emas secara haram. - Foto Jabatan Perhutanan Pahang
Jenkaut disita dipercayai digunakan untuk aktiviti melombong emas secara haram. - Foto Jabatan Perhutanan Pahang
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP) mengesan satu lombong emas haram seluas kira-kira 100 hektar milik di Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis kelmarin.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, aktiviti itu dikesan sebaik sahaja Unit Penguatkuasa (UPK) Pahang Barat JPNP membuat rondaan di hutan simpan terbabit selepas penduduk mendakwa berlaku pencemaran air di Sungai Serau.

"Hasil pemeriksaan, JPNP menyita satu unit palong yang digunakan untuk mengasingkan emas dengan pasir.

"Sebuah makmal pemprosesan emas, pam air dan dua unit generator, dua jengkaut dan lori mengangkut bahan galian turut disita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Hizamri kesal dengan kejadian itu yang seolah-olah mencabar agensi penguatkuasaan di Pahang.

Palong yang digunakan untuk mengasingkan emas dengan pasir dirampas kerana berada dalam Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis. - Foto Jabatan Perhutanan Pahang
Palong yang digunakan untuk mengasingkan emas dengan pasir dirampas kerana berada dalam Hutan Simpan Ulu Jelai, Lipis. - Foto Jabatan Perhutanan Pahang

"Pemantauan akan terus dilakukan dengan kerjasama agensi berkaitan selain berharap masyarakat dapat memberi maklumat jika ada kecurian balak atau bahan galian.

"Tindakan tegas mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang terbukti melakukan kesalahan berkaitan hutan," katanya

Artikel Berkaitan:

Operasi bersepadu melibatkan JPNP yang diketuai Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Pahang Barat, Azmi Mohd Zain itu disertai lebih 40 anggota termasuk unit penguatkuasa Pahang, Pejabat Hutan Daerah (PHD) Lipis dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Selain itu, Pejabat Daerah dan Tanah Lipis, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) turut menyertai operasi berkenaan.