PKNS sahkan seorang kakitangan maut di Turki

Azalan disahkan maut dalam nahas bas di Turki
Azalan disahkan maut dalam nahas bas di Turki
A
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengesahkan seorang kakitangannya maut dalam nahas bas di Turki semalam.

Menerusi satu kenyataan rasmi, PKNS memaklumkan Azalan Miswan disahkan meninggal dunia pada jam 11.45 pagi waktu Turki.

Menurut kenyataan itu, 10 penumpang bas yang mengalami kecederaan dilaporkan masih dirawat di Hospital Afyonkarahisar.

Terdahulu, PKNS memaklumkan sudah menerima laporan daripada Kedutaan Malaysia di Turki berhubung kemalangan bas melibatkan kakitangannya yang melancong di negara tersebut.

Bahagian Komunikasi Korporat PKNS menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya masih menantikan kenyataan rasmi daripada pihak Kedutaan Malaysia di Turki.

Menurut kenyataan itu, pihak kedutaan sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa tempatan dan hospital di Afyonkarahisar.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Seorang rakyat Malaysia maut manakala 10 lagi cedera dalam satu kemalangan melibatkan bas yang mereka naiki di Afyonkarahisar, Turki.

Menurut Wisma Putra, bas tersebut membawa seramai 35 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ketika dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang rakyat Malaysia maut dalam kemalangan di Turki