Padah muat naik kandungan jijik di media sosial

Laman SG Nasi Lemak sudah disekat pihak berkuasa Singapura kerana menyebarkan kandungan lucah.
Laman SG Nasi Lemak sudah disekat pihak berkuasa Singapura kerana menyebarkan kandungan lucah.
A
A
A

SINGAPURA - Empat lelaki termasuk seorang remaja bawah umur didakwa di mahkamah Singapura semalam selepas terlibat dengan aktiviti tidak bermoral di media sosial.

Kesemua suspek berusia antara 17 hingga 39 tahun diberkas di lokasi berlainan pada Isnin setelah polis menerima beberapa aduan berhubung penyebaran bahan lucah menerusi aplikasi Telegram 'SG Nasi Lemak'.

Polis turut merampas 10 peranti elektronik termasuk telefon bimbit dan komputer riba.

Laporan akhbar Lianhe Wanbao yang memetik kenyataan sumber pihak berkuasa menyebut, SG Nasi Lemak muncul sejak setahun lalu dan bilangan ahlinya meningkat mendadak sejak kebelakangan ini.

Setiap ahli dikenakan bayaran S$30 (RM91) sebagai yuran kemasukan.

Kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan akan dihadapkan ke mahkamah pada 22 Oktober depan. - Agensi

Artikel Berkaitan: