Menyelam kutip tapak sulaiman

Sebahagian peserta bergambar kenangan selepas membersihkan dasar laut sekitar Pulau Perhentian, Besut. - Foto:D&O Scuba Diver
Sebahagian peserta bergambar kenangan selepas membersihkan dasar laut sekitar Pulau Perhentian, Besut. - Foto:D&O Scuba Diver
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Lebih 180 tapak sulaiman mahkota berduri (Crown of Thorns Starfish–COTS) atau nama saintifiknya 'Acanthaster planci' berjaya dikutip oleh sekumpulan penyelam di sekitar Pulau Perhentian, Besut semalam.

Ketua Unit Cawangan Taman Laut dan Pengurusan Sumber, Jabatan Perikanan daerah Besut, Abdul Ghaffar Salleh berkata, tapak sulaiman berduri itu ditangkap sempena Program Pengukuhan Komuniti di pulau itu bermula Ahad lalu.

Menurutnya, dalam program melibatkan aktiviti pembersihan dasar laut tersebut selain COTS, sebanyak 500 kilogram pukat hantu (ghost net) turut dikutip hasil kerjasama 65 peserta termasuk 50 penyelam.

Tapak sulaiman mahkota berduri (Crown of Thorns Starfish–COTS) atau nama saintifiknya 'Acanthaster planci' dikutip bagi mengelak dari merosakkan terumbu karang. - Foto:D&O Scuba Diver
Tapak sulaiman mahkota berduri (Crown of Thorns Starfish–COTS) atau nama saintifiknya 'Acanthaster planci' dikutip bagi mengelak dari merosakkan terumbu karang. - Foto:D&O Scuba Diver

“Program ini kita anjurkan setiap tahun bagi memelihara hidupan marin. Kita kumpulkan penyelam yang sukarela membantu kita bersihkan dasar laut, kalau kakitangan kita saja memang tidak mampu untuk kutip ghost net dan tapak sulaiman,” katanya kepada Sinar Harian.

Antara agensi yang terlibat dalam program itu adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan pendidikan negeri, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kemas dan Jabatan Pertahanan Awam bersama penyelam dari Ecoteer, Seasight, Fauna, D&O, Universal Diver dan Kelab Diver Perak.

Dalam tempoh tiga hari program berlangsung antara lokasi yang dibersihkan sekitar Pulau Perhentian adalah Shark Point, Terumbu 3, Serenggeh, Lagoon, Batu Nisan dan Tokong Laut yang didapati mempunyai banyak tapak sulaiman berduri.

Artikel Berkaitan:

Ghost net yang dikutip dibawa ke jeti sebelum ia dilupuskan dengan cara bakar. - Foto: D&O Scuba Diver
Ghost net yang dikutip dibawa ke jeti sebelum ia dilupuskan dengan cara bakar. - Foto: D&O Scuba Diver

Abdul Ghaffar berkata, tapak sulaiman berduri dan ghost net iaitu pukat nelayan hanyut perlu dibersihkan kerana jika dibiarkan jumlah yang banyak boleh merosakkan terumbu karang dasar laut.

“Tapak sulaiman berduri yang dikutip akan dilupuskan dengan cara ditanam di tepi pantai sedalam lebih satu meter manakala ghost net pula dibakar,” katanya.

Antara tapak sulaiman yang berjaya dikutip. - Foto:D&O Scuba Diver
Antara tapak sulaiman yang berjaya dikutip. - Foto:D&O Scuba Diver