Ini puncanya kelewatan PH diumum menang PRU14 lalu

Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir
A
A
A
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan ada pemimpin Melayu-Islam daripada PH dipujuk untuk membentuk kerajaan bersama Umno-Pas selepas berakhirnya pengundian PRU14 lalu.

Memetik wawancara Dr Mahathir bersama Mekong Review di Kemboja, beliau berkata, Umno-Pas mahukan kelebihan kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan sambil memainkan sentimen mengatakan PH tidak akan mampu mempertahankan kedudukan Islam seperti BN.

“Jadi itu adalah idea jika semua Melayu Islam (Umno-Pas) bersatu, barisan pembangkang baharu dipenuhi dengan orang Islam dalam Umno-Pas, mereka boleh mengheret orang Islam lain dalam PH, mencapai majoriti Melayu-Islam untuk menubuhkan kerajaan.

“Bagaimanapun mereka dinasihati agar tidak berbuat demikian,” katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Tun M kata Harapan sudah menang]

Dr Mahathir berkata, disebabkan itulah, berlaku kelewatan pengisytiharan kemenangan PH.

“Kami mengetahui bahawa PH menang pada 8.30 malam tetapi tidak dapat membuat pengumuman rasmi sehingga 2 pagi kerana dalam tempoh itu terdapat gerakan yang disusun yang tidak dilihat oleh umum,” katanya.

Dr Mahathir berkata, peralihan kuasa yang berlaku pada PRU14 itu ‘tidak selancar’ seperti dilihat dari luar.

“Kami berdepan dengan pelbagai kesukaran termasuk cubaan untuk menggagalkan kemenangan kami. Tetapi akhirnya ia berpihak kepada PH,” katanya.
Artikel Berkaitan: