Trump sekali lagi guna kuasa veto

Donald Trump. - Foto AFP
Donald Trump. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa sekali lagi menggunakan kuasa vetonya terhadap resolusi Kongres yang mahu menamatkan darurat kebangsaan di sempadan selatan negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

"Sempadan di selatan terus menjadi pintu masuk utama kepada penjenayah dan sindiket dadah haram untuk ke negara kita," kata Trump dalam sepucuk surat kepada Senat, dengan alasan darurat kebangsaan perlu dikekalkan.

Ini adalah veto kedua Trump untuk menghalang usaha Kongres menamatkan darurat yang diisytiharkan pada Februari. Sebelum ini pada Mac Trump turut menggunakan kuasa vetonya terhadap resolusi Dewan.

Pengisytiharan status darurat kebangsaan itu bagi membolehkan pentadbiran Trump menggerakkan semua sumber termasuk menghantar pasukan tentera dan memperuntukkan dana untuk tembok sempadan bagi membendung kemasukan pendatang tanpa izin.

Deklarasi darurat kebangsaan ditolak Demokrat mendakwa ia melampaui kuasa eksekutif. - Bernama

Artikel Berkaitan: