Syarat perkhidmatan e-panggilan motosikal dimuktamad akhir tahun ini

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan dijangka muktamadkan rangka perundangan dan syarat perkhidmatan e-panggilan motosikal iaitu perkhidmatan pengangkutan awam dan barangan menggunakan motosikal selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Menurut kementerian itu, rangka perundangan dan syarat perkhidmatan itu masih dalam proses penyediaan.

"Kementerian akan memaklumkan semula mengenai rangka perundangan dan syarat-syarat perkhidmatan apabila proses kajian berkenaan telah dimuktamadkan serta mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri," menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di laman web Parlimen hari ini.

Ia bagi menjawab soalan Datuk Zakaria Mohd Edris (PH-Libaran) yang ingin tahu perkembangan terkini konsep perkhidmatan e-panggilan (e-hailing) motosikal di negara ini dan apakah kerangka undang-undang, bagaimana ia dilaksanakan mencakupi proses lesen dan syarat diperlukan.

Pada Ogos lalu, Kabinet secara prinsipnya bersetuju terhadap cadangan mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal dan meminta Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Belia dan Sukan menyedia dan mengemukakan undang-undang khusus mengenainya. - Bernama

Artikel Berkaitan: