Suhakam gesa polis tidak ambil tindakan pada Suaram

Wari Kiew dan Seven Doraisamy
Wari Kiew dan Seven Doraisamy
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) melahirkan kebimbangan berhubung laporan polis dibuat Ketua Polis Kangar, Superintendan Wari Kiew terhadap Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Seven Doraisamy kerana dikhuatiri menjadi satu bentuk gangguan terhadap pembela hak asasi manusia.

Menurut kenyataan Suhakam, sekiranya tidak dipantau tindakan seumpama itu boleh beri kesan menakutkan kepada aktivis atau mereka yang ingin salur maklumat serta menyekat hak untuk menyatakan pendapat dengan sepenuhnya kerana bimbang dengan ancaman dan tindakan undang-undang.

"Kemampuan laksanakan tugas mereka perjuangkan mangsa pencabulan hak asasi manusia tanpa bimbang akan gangguan, intimidasi, penderaan, ancaman, keganasan, tindak balas atau halangan tidak wajar, adalah mustahak bagi bolehkan mereka laksanakan tugas seperti digariskan di bawah Perisytiharan Pembela Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

"Sehubungan itu, Suhakam menggesa Ketua Polis Kangar untuk tidak mengambil tindakan lanjut terhadap Suaram dan membenarkan siasatan berhubung dengan dakwaan Suaram untuk dijalankan dengan sepenuhnya sehingga lengkap.

"Kita bimbang laporan polis dibuat pegawai polis berkenaan menjadi satu bentuk gangguan terhadap pembela hak asasi. Suhakam menyambut baik pengumuman Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa dakwaan Suaram akan disiasat," katanya.

Sementara itu, Wari membuat laporan polis berhubung penyiaran satu artikel yang didakwa mengandungi perkara fitnah dan boleh mencalarkan imej pasukan polis Kangar.

Artikel disiarkan sebuah portal berita bertarikh 11 Oktober dalam bahasa Inggeris itu didakwa menyiarkan kenyataan palsu berhubung kes culik kononnya pihak polis melakukan penderaan terhadap tahanan reman.

Artikel Berkaitan: