Modi janji sekat air ke Pakistan

PM India, Narendra Modi ketika berucap semasa kempen Pilihan Raya Parlimen Negeri Haryana di Charkhi Dandri semalam. - Foto Agensi
PM India, Narendra Modi ketika berucap semasa kempen Pilihan Raya Parlimen Negeri Haryana di Charkhi Dandri semalam. - Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Perdana Menteri India, Narendra Modi mengulangi janjinya untuk menyekat pengaliran air dari Sungai Himalaya daripada memasuki negara jiran Pakistan.

Modi mengeluarkan kenyataan itu semasa berucap pada kempen Pilihan Raya Negeri Haryana di Charkhi Dandri semalam.

Menurut Modi, langkah itu bagi memberi manfaat dan kemakmuran kepada golongan petani di bahagian timur berhampiran wilayah Kashmir yang dipertikaikan antara New Delhi dan Islamabad.

"Air milik India dibiarkan mengalir ke Pakistan selama 70 tahun. Kita tidak boleh biarkan ia terus berlaku.

"Kami akan alihkan aliran air itu untuk kegunaan isi rumah dan petani di Haryana serta Rajasthan.

"Sumber air itu milik India dan rakyat negara ini perlu diutamakan," katanya.

India dan Pakistan berkongsi sumber air di bawah Perjanjian Bekalan Air Indus yang ditandatangani pada 1960.

Kenyataan Modi mengeruhkan lagi hubungan New Delhi-Islamabad yang sedia tegang susulan konflik di wilayah Kashmir. - Agensi

Artikel Berkaitan: