Taufan Hagibis: Jumlah angka korban meningkat 74 orang

Jumlah korban taufan kuat Hagibis terus meningkat. - Foto Reuters
Jumlah korban taufan kuat Hagibis terus meningkat. - Foto Reuters
A
A
A

TOKYO - Taufan Hagibis yang melanda tengah dan timur Jepun pada Sabtu dan Ahad meragut sekurang-kurangnya 74 nyawa, 218 cedera manakala 12 lagi dilaporkan hilang, lapor agensi berita Xinhua.

Sebanyak 146 kes tanah runtuh dilaporkan di 19 buah wilayah dan kira-kira 10,000 rumah dilanda banjir.

Menurut Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan dan agensi-agensi kerajaan lain kejadian tanah runtuh berlaku di 73 lokasi di sepanjang 52 batang sungai.

Bagaimanapun, jumlah kerosakan akibat bencana itu belum dapat dipastikan kerana sesetengah kawasan tidak boleh dilalui kerana paras air banjir terlalu tinggi. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Angka kematian Taufan Hagibis meningkat 25 orang

Artikel Berkaitan: