Bangunan Pra sekolah musnah terbakar

bomba
bomba
A
A
A

KENINGAU – Sebuah bangunan Pra Sekolah, Sekolah Kebangsaan (SK) Nandagan di Sook dekat sini musnah dalam satu kebakaran, petang tadi.

Ketika kejadian tiada sesiapa berada di dalam bangunan pra sekolah itu disebabkan sesi persekolahan hanya diadakan pada sebelah pagi.

Kebakaran itu menyebabkan 18 murid pra sekolah itu hanya sempat sehari mengikuti sesi pembelajaran di bangunan itu.

Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Keningau Mudi Pengiran ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 3.08 petang dan seramai 16 pegawai serta anggota bomba dihantar untuk memadamkan api menggunakan sebuah jentera serta sebuah kenderaan EMRS.

Katanya setibanya dilokasi kejadian pada jam 4.35 petang , keseluruhan bangunan bersaiz 40 x 25 kaki persegi itu terbakar.

Menurutnya kesemua peralatan sekolah seperti kerusi, bangku dan alat bantuan mengajar dalam bangunan itu musnah terbakar .

Mudi berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan punca kebakaran itu.

Sementara itu, pihak pengurusan sekolah SK Nandagan ketika dihubungi memberitahu, 18 murid Pra Sekolah akan ditempatkan di bangunan lain untuk sesi persekolahan esok.- BernamaKENINGAU – Sebuah bangunan Pra Sekolah, Sekolah Kebangsaan (SK) Nandagan di Sook dekat sini musnah dalam satu kebakaran, petang tadi.

Artikel Berkaitan: