X

Kindly register in order to view this article
!

Fasilitator disyaki cabul dua beradik direman

Suspek ketika dibawa keluar selepas dikenakan tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini.
A
A

TEMERLOH - Pengalaman menyertai kem kecemerlangan remaja menjadi detik hitam buat dua beradik lelaki selepas diperlakukan secara seksual oleh seorang fasilitator pada awal Oktober lalu.

Mangsa yang berusia 12 dan 8 tahun itu dihantar oleh keluarganya menyertai kem tersebut di Chenor pada 4 hingga 6 Oktober lalu.

Suspek yang berusia 29 tahun didakwa melakukan perkara tersebut sebuah bilik air di kem itu pada 4 dan 5 Oktober lalu.

Suspek yang dipanggil dengan gelaran 'Walid' itu menghantar pulang kedua-dua mangsa yang tinggal di Jerantut, namun dalam perjalanan dibawa singgah ke rumah suspek di Temerloh dengan alasan menghantar barang di rumahnya pada 6 Oktober lalu.

Di rumah mangsa kira-kira jam 1.30 hingga 2 petang, suspek didakwa memegang kemaluan kedua-dua mangsa di dalam bilik air dan ruang bilik utama lelaki tersebut.

Insiden tersebut diceritakan kepada ibu bapa mangsa yang bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Jerantut pada hari sama.

Suspek kemudiannya ditahan di rumahnya pada malam tersebut.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Pemangku Senior Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, ibu mangsa mengenali suspek tersebut melalui grop WhatsApp mengenai program terbabit yang dikendalikan suspek berkenaan.

Hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes seks luar tabii mengikut Seksyen 377(E) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377 (D) Kanun Keseksaan.

Sementara itu, suspek terbabit dikenakan tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini selepas perintah tahanan dibacakan oleh Sarjan Wan Nor Azniah Wan Saidi mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan -Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini.