Pengundi 18 tahun: Sebahagian daripada 22 juta pemegang MyKad tidak kemas kini maklumat

Muhyiddin (tiga dari kanan) menyerahkan Sijil Kewarganegaraan kepada M. Sundaravally, 64, (berkerusi roda) pada Majlis Sambutan Hari Pendaftaran Negara 2019 di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini. - Foto Bernama
Muhyiddin (tiga dari kanan) menyerahkan Sijil Kewarganegaraan kepada M. Sundaravally, 64, (berkerusi roda) pada Majlis Sambutan Hari Pendaftaran Negara 2019 di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebahagian daripada 22 juta pemegang kad pengenalan (MyKad) tidak mengemaskini maklumat terkini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat diminta mengemaskini maklumat di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan JPN menyelaraskan maklumat kewarganegaraan selaras dengan pelaksanaan kelayakan pengundi 18 tahun secara automatik.

"Analisa daripada JPN mendapati sebahagian daripada 22 juta pemegang kad pengenalan (MyKad) tidak mengemaskini maklumat.

"Kemaskini dan penyelarasan maklumat tersebut perlu dilakukan di JPN sebelum perlaksanaan umur kelayakan mengundi dikuatkuasakan pada tahun hadapan.

"Saya ambil kesempatan ini untuk memohon kerjasama kepada mereka agar hadir ke pejabat JPN untuk berbuat demikian," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Pendaftaran Negara di Ibu Pejabat JPN di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh.

Sementara itu, pada sidang akhbar tersebut, Muhyiddin turut mendedahkan seramai 1,429,196 penduduk berumur dari 13 hingga 91 tahun ke atas tidak memiliki MyKad.

"Saya tidak tahu bagaimana mereka boleh hidup tanpa MyKad. Mereka mesti memastikan milikinya," katanya.

Artikel Berkaitan: