GRO kaut tip sehingga RM400 sehari

Sebahagian wanita warga asing ditahan dalam Op Noda di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, Ampang tengah malam tadi.
Sebahagian wanita warga asing ditahan dalam Op Noda di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, Ampang tengah malam tadi.
A
A
A

AMPANG JAYA - Gadis pelayan pelanggan (GRO) mampu mengaut tip hingga mencecah RM400 sehari dengan menemani pelanggan berhibur di pusat karaoke di Jalan Perdana, Pandan Perdana.

Aktiviti GRO warga asing bagi memperoleh wang 'sara diri' itu dibongkar sepasukan polis Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor dalam serbuan Op Noda tengah malam tadi.

Pegawai Turus Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor berkata, operasi dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu berjaya menahan 17 wanita warga asing terdiri daripada 16 warga Vietnam dan seorang warga Thai.

"Turut ditahan tujuh lelaki Bangladesh, seorang lelaki Myanmar, dua lelaki tempatan dan seorang wanita tempatan disyaki pekerja premis terbabit dan 24 botol minuman keras juga dirampas.

"Siasatan mendapati premis itu beroperasi mulai jam 6 petang sehingga 3 pagi dengan menawarkan khidmat GRO sebagai peneman minum dan berkaraoke," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Antara minuman keras yang dirampas dalam operasi Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, Ampang tengah malam tadi.
Antara minuman keras yang dirampas dalam operasi Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, Ampang tengah malam tadi.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan GRO itu mampu mengaut RM300 sehingga RM400 sehari bergantung kepada khidmat layanan mereka.

"Siasatan juga mendapati pusat hiburan ini beroperasi tanpa lesen perniagaan sah. Kes disiasat di bawah Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/1963, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.

Artikel Berkaitan: