X

Kindly register in order to view this article
!

Polis buru tiga lelaki India samun premis pengurup wang

Che Zakaria (tengah) menunjukkan tiga lelaki yang diburu polis.
A
A

PORT DICKSON - Polis memburu tiga lelaki berbangsa India yang dipercayai terlibat dengan kejadian samun yang berlaku di premis pengurup wang dekat Pasaraya Regina Mall di sini Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Asisten Komisioner, Che Zakaria Othman berkata, suspek yang berusia antara 22 hingga 31 tahun itu dipercayai masih bebas setelah tiga rakan mereka berjaya ditangkap pihak berkuasa semalam di dua lokasi berasingan.

Katanya, hasil risikan yang dilakukan, kira-kira jam antara 1 hingga 4.30 pagi semalam, pihaknya berjaya menangkap tiga lelaki berbangsa India di Selangor dan Perak.

"Kita percaya suspek yang ditahan berusia 25 hingga 27 tahun itu, bergiat aktif dalam jenayah rompak dan samun, memandangkan rekod lampau kesemua mereka membabitkan kes jenayah samun serta pengambilan dadah.

"Hasil tangkapan tersebut kita berjaya merampas wang tunai RM12,500, lima telefon bimbit, kereta Toyota Vios putih yang dicuri yang digunakan dalam melakukan jenayah, sarung tangan, sarung tangan, topi dan baju yang digunakan semasa melakukan samun dan banyak lagi.

"Soal siasat yang dilakukan, kita masih lagi mengesan tiga lagi rakan subahat mereka yang masih bebas dikenali sebagai R Kunasegara, J Danarush dan R Jeevanraj," katanya.

Tambahnya, ketiga-tiga suspek yang ditangkap itu kini ditahan reman selama lima hari sehingga 21 Oktober ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohammed.

Kata Che Zakaria, pihaknya meminta tiga lelaki yang masih bebas itu menyerah diri di mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Port Dickson, Inspektor Muhammad Akmal Salleh ditalian 017-4220322.

ARTIKEL BERKAITAN Premis pengurup wang disamun perompak berkapak


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!