Taiwan milik China

Jinping
Jinping
A
A
A

BEIJING - CHINA. 'Tiada siapa boleh ubah fakta bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada China dan penduduk di kedua-dua belah Selat Taiwan harus bersatu semula'.

Kenyataan itu dikeluarkan Presiden China, Xi Jinping ketika berucap sempena ulang tahun ke-40 kenyataan dasar utama Taiwan di Dewan Besar Rakyat di Beijing, hari ini yang dijangka bakal mencetuskan kemarahan penyokong yang menuntut kemerdekaan Taipei.

"Semua pihak perlu jelas langkah mengiktiraf kemerdekaan Taiwan hanya akan mendatangkan bencana besar kepada Taipei. Kami sedia wujudkan ruang luas untuk penyatuan semula secara aman, namun tidak akan memberi ruang terhadap sebarang bentuk aktiviti kumpulan pemisah.

"Langkah penyatuan ini perlu dilakukan di bawah prinsip Satu China dan Beijing tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk aktiviti yang mempromosikan kemerdekaan Taiwan," katanya.

Menurut Jinping, hubungan dengan Taipei adalah sebahagian daripada hal ehwal politik domestik China dan pihak asing tidak boleh campur tangan.

"Beijing mempunyai pilihan untuk mengambil semua langkah perlu terhadap kuasa luar yang mengganggu penyatuan semula secara aman ini," tegasnya mengulangi amaran sebelum ini.

Difahamkan, Taipei mempunyai pemerintahan sendiri dan bebas secara de-facto, namun ia tidak pernah mengisytiharkan kemerdekaan dari Tanah Besar China secara rasmi.

Beijing pula menganggap ia wilayah yang berpisah. - Agensi

Artikel Berkaitan: