[VIDEO] Penyanyi Nubhan cemas anak terkunci dalam kereta

Antara foto yang dikongsi dalam Instagram Nubhan. - Foto Instagram Nubhan
Antara foto yang dikongsi dalam Instagram Nubhan. - Foto Instagram Nubhan
A
A
A

"TERIMA kasih atas keprihatinan". Itu luahan penyanyi Nubhan Ahamad apabila mengalami detik cemas setelah anak sulungnya, Aafiya Kamilia, 3 tahun, terkunci di dalam kereta miliknya semalam.

Katanya, dia mengakui sebagai manusia memang ada masanya lalai dan tidak sempurna.

"Apa pun semuanya selamat... perkara ini bagi pengajaran pada saya dan mungkin kepada orang di luar sana juga..." tulisnya di Instagram.

Jelas Nubhan, kejadian terbabit terjadi selepas dia masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang.

"Anak terkunci dalam kereta, selamat dekat rumah je. Jenuh ajar dia tekan sana sini, dia buat tak tahu je.

"Saya tinggalkan dia kejap je, nak ambik barang dalam rumah.

"Dia tekan lock dan tak tau nak unlock. Lepas call my kawan saya, baru pintu dapat bukak. Kalau tak memang kasi pecah itu cermin," katanya.

Bintang Akademi Fantasia musim keenam, mendedahkan anak perempuannya itu terperangkap selama 15 minit.

Artikel Berkaitan:

Rata-rata peminat membanjiri ruang komen dan menasihatkan Nubhan supaya menurunkan tingkap seperti pintu tidak ditutup rapat untuk elak perkara sama berulang.

Peminat juga memberi cadangan menyediakan dan menggunakan kunci pendua sebagai langkah berjaga-jaga.

iqinceria berkata,"Saya pernah kena tapi nasib kunci spare ada. Panik rasa nak putus jantung"

Dalam pada itu, Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Tawfek mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya Kamilia dan Ahmad Aaffan.

Sementara itu, video durasi 2 minit 9 saat itu tular di media sosial hingga meraih lebih 74,000 tontonan dari netizen.