Belanjawan 2020: Bantuan tidak boleh ditarik serta-merta

Wacana Sinar ke-134 membincangkan Pasca Belanjawan 20202: Siapa Yang Untung, Siapa Rugi? menampilkan Pengacara TV Astro Awani, Rizal Zulkapli selaku Moderator, para panelis, Ahli Parlimen Kuching, Dr.Kelvin Yii Lee Wuen, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Bujet, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Setiausaha Politik Presiden Pas, Syahir Sulaiman dan Felo Utama Institut Kebangsaa Kajian Etnik UKM Prof Datuk Dr.Denison Jayasoori berlangsung di Dewan Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam. - Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR.

A
A
A

SHAH ALAM - Belanjawan 2020 meneruskan bantuan tunai kepada golongan tertentu bagi membantu mereka menangani kos sara hidup.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bantuan tersebut tidak boleh ditarik serta-merta kerana akan menyebabkan golongan tersebut tertekan dalam meneruskan kelangsungan hidup sebagai contoh golongan nelayan dan penoreh getah yang berdepan kekurangan pendapatan pada musim tertentu.

"Dari segi perikemanusiaan, bantuan ini sebahagian cara menangani kos sara hidup.

"Dalam masa terdekat, kita tidak boleh tarik bantuan serta-merta tapi untuk masa jangka panjang, kita beri mereka ilmu pendidikan atau keusahawanan," katanya selaku panelis pada program Wacana Sinar Harian Siri 134 bertajuk Pasca Belanjawan 2020: Siapa Untung, Siapa Rugi? di Dewan Karangkraf di sini hari ini.

Wacana turut menampilkan personaliti Astro Awani, Rizal Zulkapli sebagai moderator itu turut dibarisi panelis, Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen dan Setiausaha Politik Presiden Pas, Syahir Sulaiman.

Turut bertindak sebagai panelis, Felo Utama Institut Kebangsaan Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Denison Jayasooria.

Mustapa berkata, Belanjawan 2020 disediakan hasil perbincangan pelbagai pihak mengikut sudut kepentingan dan tanggungjawab setiap kementerian.

Menurutnya, setiap kumpulan rakyat akan melihat Belanjawan 2020 mengikut perspektif masing-masing.

Artikel Berkaitan:

"Kita kena faham bahawa negara ini mengamalkan konsep berkongsi kekayaan dan kena ada tolak ansur. Jika tidak, setiap tahun belanjawan dikatakan tidak adil," katanya.