Penganjur Debat Piala Tun Razak perlu dikenakan tindakan tegas: PGSM

Semalam tular di laman sosial tentang Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah yang melibatkan topik-topik kontroversi berkaitan asas Islam.
Gambar kanan: MUSA AWANG
Semalam tular di laman sosial tentang Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah yang melibatkan topik-topik kontroversi berkaitan asas Islam. Gambar kanan: MUSA AWANG
A
A
A

KUALA LUMPUR – Penganjur Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 perlu dikenakan tindakan tegas kerana tidak menjaga sensitiviti agama di negara ini.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, negara perlu dipelihara daripada pihak atau individu yang cuba menggugat keharmonian bangsa dan agama.

“Ia bukan sahaja bertindak biadab terhadap Islam sebagai agama Persekutuan, malah ia adalah satu tindakan menghina Islam, Yang di- Pertuan Agong serta sultan-sultan yang merupakan ketua negeri bertanggungjawab terhadap Islam pada setiap negeri.

“Oleh itu, PGSM menggesa supaya tindakan yang tegas perlu dikenakan segera terhadap penganjur debat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penganjur yang di luar batas.

“Kami menegaskan bahawa tidak semua perkara dalam Islam boleh dikhilafkan atau didebatkan menggunakan akal. Ada sesetengah perkara telah menjadi qath’i lantaran telah terdapat dalil dalam al-Quran dan as-Sunnah Nabi SAW.

“Tindakan mengadakan pertandingan dalam isu ini yang mempersoalkan tentang undang-undang Syariah, menukar isi kandungan al-Quran dan merubah keharaman homoseksual adalah satu bentuk debat yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.

“Lebih mendukacitakan dan melampau bila mana debat seperti ini cuba diadakan di kalangan pelajar sekolah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam tular di laman sosial tentang Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah yang melibatkan topik-topik kontroversi berkaitan asas Islam.

ARTIKEL BERKAITAN KPM digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak