Tiba-tiba rasa panas, nasib baik tersedar..

Keadaan rumah Hasly yang hangus dalam kejadian tengahari tadi.
A
A

GUA MUSANG - 'Nasib baik saya sempat sedar dari tidur," kata seorang peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap A, di sini, apabila rumahnya terbakar dalam kejadian tengahari tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 1 tengahari, Hasly Hassan, 47, sedang tidur selepas pulang dari menemani rakannya ke tempat kerja di Kuala Betis.

"Saya balik ke rumah awal pagi tadi dan terus tidur kerana keletihan. Namun, saya tersedar bila rasa panas.

"Saya lihat, api sudah marak membakar bahagian rumah dan saya terus berlari keluar. Tiada apa yang dapat diselamatkan. Saya keluar sehelai sepinggang dalam keadaan terpinga-pinga.

"Ini sahaja harta peninggalan arwah ibu bapa saya. Tiada tempat tinggal lain lagi dan saya mungkin menumpang di rumah kawan dahulu buat sementara," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia