Suspek LTTE bukan lagi ahli Pas

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Salah seorang daripada 12 suspek ditahan polis atas dakwaan menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) bukan lagi ahli Pas.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), N Balasubramaniam berkata, individu terbabit hanya menyertai Pas tidak sampai lima bulan dan menghantar surat keluar parti selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kami melakukan semakan dan mendapati individu yang dimaksudkan itu ada memohon untuk menyertai DHPP beberapa bulan sebelum PRU14 dan menghantar surat keluar parti selepas PRU14 pada 21 Mei 2018," katanya dalam satu kenyataannya di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal yang mendakwa seorang ahli Pas antara 12 individu ditahan polis kerana disyaki mempunyai kaitan dengan LTTE.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima lagi ditahan disyaki terbabit LTTE

LTTE: Dua lagi ahli DAP ditahan

Guru antara lima ditahan terbabit LTTE

Polis kesan transaksi kewangan biayai aktiviti, rekrut LTTE

Artikel Berkaitan:

Apa itu Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)?