Cristina Suzanne bakal timang bayi lelaki

No Image Caption
A
A
A
SETELAH lama tidak mendengar cerita tentang perkembangan terkininya, pelakon Cristina Suzanne menerusi laman Instagramnya beberapa hari lalu berkongsi berita gembira kini hamil cahaya mata pertama.

Difahamkan usia kandungan Cristina kini berusia lapan bulan dan bakal melahirkan bayi lelaki pada Februari depan.

No Image Caption



Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai peminat dan pengikutya termasuk rakan selebriti yang turut tumpang gembira dengan berita tersebut. Masing-masing memberikan ucapan tahniah selain kiriman doa agar pelakon filem 7ujuh ini berada dalam keadaan yang baik dan dipermudahkan urusan bersalin.

Selepas mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri kepada M Faiz Zakaria pada Mac lalu, Cristina dilihat menyepikan diri seketika daripada aktiviti seni, malah media sosial miliknya juga jarang dikemas kini.

Artikel Berkaitan:


Apa pun tahaniah buat Cristina, semoga semuanya berjalan lancar dan kembali aktif dengan kerjata seni selepas selemat bersalin nanti.

[ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan personaliti tumpuan 2018]