JKM Gombak minta Noraliza Bachtiar tampil

Noraliza diminta tampil bagi menguruskan dokumen anak kandungnya yang berusia dua bulan.
Noraliza diminta tampil bagi menguruskan dokumen anak kandungnya yang berusia dua bulan.
A
A
A

GOMBAK - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Gombak meminta seorang wanita bernama Noraliza Bachtiar, 25, tampil bagi menguruskan dokumen seorang bayi perempuan berusia dua bulan yang merupakan anak kandungnya.

Sumber JKM menerusi satu kenyataan memaklumkan Noraliza meninggalkan anak kandungnya itu selepas melahirkannya di Hospital Bersalin Selayang.

Menurut kenyataan itu, Noraliza menghilangkan diri sejak bayi berkenaan dilahirkan pada Julai lalu.

“Kami telah cuba mengesan ibu kanak-kanak tersebut di alamat yang diberikan namun gagal menemui wanita tersebut.

“Sehubungan itu kami meminta waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai ibu bayi berkenaan untuk menghubungi Pelindung JKM, Rusman Jamhari ditalian 03-61785731/5931/1331.

“Ia bagi membantu mahkamah membuat keputusan bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak itu kelak,” menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: