Alwi letak jawatan Ketua Pembangkang DUN Kelantan

Md Alwi
Md Alwi
A
A
A

KOTA BHARU - Datuk Md Alwi Che Ahmad hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Pengumuman itu dibuat semasa memulakan perbahasan Belanjawan Kelantan 2020 dalam dewan persidangan di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini dan menerima tepukan daripada majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang rata-rata menyokong dengan tindakan tersebut.

"Biasanya sebelum ini saya dikenali sebagai Ketua Pembangkang dalam DUN Kelantan. Tapi hari ini saya ingin sampaikan yang selepas Muafakat Nasional, Kelantan sudah tidak ada ketua pembangkang dan kami semua penyokong kerajaan.

"Yang tinggal hanya seorang sahaja pembangkang tegar tunggal. Terpulanglah kepada speaker untuk susun semula kedudukan nanti," katanya.

Md Alwi memberitahu, keputusan tersebut adalah keputusan yang dipersetujui dan dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO, keputusan Biro Politik UMNO dan keputusan Muafakat Nasional.

DUN Kelantan kini dibarisi 45 ADUN iaitu 37 dari Pas, tujuh dari BN dan seorang dari PH.

ARTIKEL BERKAITAN: Cadang tiada lagi ketua pembangkang negeri ditadbir UMNO, Pas

Artikel Berkaitan: