Pembayaran royalti minyak masih guna kaedah lama: Azmin

Mohamed Azmin - Foto Bernama
Mohamed Azmin - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pusat masih menggunakan kaedah pembayaran lama untuk membayar royalti minyak kepada kepada kerajaan negeri yang menjadi negeri pengeluar minyak.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kaedah pembayaran royalti minyak terbaharu membabitkan pemulangan nilai 20 peratus daripada keseluruhan hasil minyak negeri masih dalam perbincangan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kaedah pembayaran royalti minyak cara lama kali ini tidak dipengaruhi dan diuruskan kerajaan Persekutuan sebagaimana kaedah terdahulu.

"Mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Ahmad Yakob menafikan kerajaan terima wang ihsan, bukan royalti minyak, itu saya tidak pasti dan kena semak balik.

"Sebab pembayaran (royalti minyak) 20 peratus masih dalam perbincangan.

"Kerajaan masih guna kaedah lama, tetapi tidak dikuasai atau diuruskan kerajaan Persekutuan dan kita bayar terus kepada kerajaan negeri mengikut kaedah ditetapkan," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ahmad Yakob mengatakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung pembayaran royalti minyak kepada Kelantan.

Menurut beliau, kerajaan persekutuan bukan membayar wang royalti sebaliknya wang ihsan.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Guan Eng menyatakan kerajaan Persekutuan sudah membayar royalti kepada Kelantan pada September lalu.

Malah Guan Eng dalam kenyataannya menegaskan bayaran tersebut dibuat lebih awal berbanding sepatutnya pada Januari tahun hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Wang ihsan RM15.7 juta bukan royalti minyak Kelantan'