Pacuan empat roda tenggelam gara-gara air pasang

Video kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang melekat di Pantai Tanjung Lumpur baru-baru ini, menarik perhatian netizen.
Video kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang melekat di Pantai Tanjung Lumpur baru-baru ini, menarik perhatian netizen.
A
A
A

KUANTAN - Video kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang terkandas dan tenggelam di Pantai Tanjung Lumpur baru-baru ini, mengejutkan ramai netizen hingga menjadi tular di laman sosial.

Menerusi video itu, sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton dilihat hampir tenggelam sepenuhnya di pantai itu. Turut kelihatan beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang memberikan bantuan.

Rakaman video berdurasi 27 saat itu telah mendapat tontonan lebih 300 pelayar dalam tempoh dua jam video itu tular di laman sosial Facebook milik Ruhana Sarimi.

Sehingga kini, rakaman tersebut juga mendapat 134 maklum balas dan 183 telah berkongsi video tersebut.

Kenyataan Ruhana juga yang memberitahu tak sempat lari bila air pasang.. bomba cuba tarik 4x4 dalam laut menjadi tanda tanya netizen yang menontonnya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah JPBM Pahang, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada jam 1.13 petang, Isnin lalu.

Menurutnya, seramai 10 anggota dan dua jentera diperlukan bagi melancarkan operasi mengeluarkan kenderaan itu.

"Setibanya di tempat kejadian, kita dengan segera menarik kereta tersebut dengann menggunakan wing kabel daripada lori bomba.

Artikel Berkaitan:

"Kita berjaya menarik kereta tersebut dan operasi tamat pada jam 4.30 petang," katanya.