11 keluarga di Batu Gajah dipindahkan

Hujan lebat bermula sekitar jam 6 petang menyebabkan kawasan kediaman mereka dinaiki air. (Kanan: Semua mangsa ditempatkan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Piandang.)
Hujan lebat bermula sekitar jam 6 petang menyebabkan kawasan kediaman mereka dinaiki air. (Kanan: Semua mangsa ditempatkan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Piandang.)
A
A
A

BATU GAJAH - Sebanyak enam keluarga melibatkan 11 penduduk di Kampung Piandang, Siputeh di sini dipindahkan selepas kediaman masing-masing dinaiki air setinggi hampir 0.6 meter malam tadi.

Hujan lebat bermula sekitar jam 6 petang di kawasan itu telah menyebabkan limpahan air berlaku dari Sungai Bakong.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, semua mangsa ditempatkan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Piandang yang dibuka jam 12 malam.

"Mereka yang dipindahkan terdiri daripada enam keluarga iaitu empat wanita dewasa serta tujuh kanak-kanak.

"Keadaan sehingga pagi ini adalah terkawal dan paras air mulai surut," katanya.

Artikel Berkaitan: