Polis cari Low Meng Kong bantu siasatan kes bunuh

Ahmad Dzaffir Mohd Yussof
Ahmad Dzaffir Mohd Yussof
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan satu kes bunuh di Balakong pada 30 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata lelaki itu dikenali sebagai Low Meng Kong, 19, dengan alamat terakhir di Flat Kajang Mewah, Taman Kajang Mewah, Sungai Chua, Kajang dekat sini.

“Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor memohon bantuan orang ramai untuk mengesan lelaki itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sesiapa yang mempunyai maklumat tentang suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, ASP Ismail Ahmad di talian 019-2306107 atau balai polis yang berdekatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: