'Siap sedia, ALLAH tengah sediakan ganjaran lebih besar' - Netizen

Perkongsian pemuda tersebut di Twitter mengundang simpati dalam kalangan netizen.
Perkongsian pemuda tersebut di Twitter mengundang simpati dalam kalangan netizen.
A
A
A

SEORANG pekerja ternakan ayam berkongsi kesedihan melalui laman Twitter apabila kira-kira 10,000 ekor ayam dijaganya mati tular di laman mikro Twitter.

Melalui akaun @INFfaznazhr memuat naik gambar ayam ternakan dijaganya dengan keterangan gambar: "penat-penat aku dengan sepupu jaga, tahu-tahu mati macam tu saja."

Perkongsian di laman sosial itu mengundang simpati pengguna alam maya terhadap kejadian tersebut kerana jumlah ternakan yang mati bukanlah sedikit.

Kata-kata semangat daripada netizen yang berharap agar @INFfaznazhr bersabar dengan ujian yang menimpanya.
Kata-kata semangat daripada netizen yang berharap agar @INFfaznazhr bersabar dengan ujian yang menimpanya.

@INFfaznazhr bagaimanapun berkata, dia tidak mengesyaki kejadian berpunca daripada sabotaj sebaliknya kejadian malang itu berlaku secara kebetulan.

"Tengah kerja pelupusan ni geng. Punca mati sebab lemas dan panas, suis kipas ditutup. Reban ni dua tingkat, semalam (kelmarin) hujan ingatkan trip, bos kata kalau trip atas bawah kipas mati tapi ni bawah je mati, tengok suis elok je tertutup, hmmm," tulisnya lagi.

Perkongsian tersebut di Twitter itu tular di media sosial dan rata-rata netizen meminta pemuda itu bertenang dengan ujian yang menimpanya.

"Awak bersiap sedia, ALLAH tengah sediakan ganjaran yang lagi besar untuk kamu. Lalui ujian ini dengan redaNYA. ALLAH tidak aniaya hamba-hambaNYA," kata @TheMeyyah.

Artikel Berkaitan:

Tulis @liyanaLathif: "Ya ALLAH, engkau kurniakanlah kepada mereka ini keberkatan dalam melakukan kerja dan juga rezeki yang tidak pernah putus seperti air di lautanMU. Aamiin,".