X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Bukan ambil hati umat Islam, kata Mujahid

Mujahid ketika temu bual bersama Sinar Harian FB Live di Parlimen hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menafikan pandangan sesetengah ahli akademik yang berpendapat bahawa Belanjawan 2020 sebagai mengambil hati umat Islam disebabkan kontroversi yang banyak mencabar agama Islam di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Mujahid berkata, tindakan ahli akademik tersebut adalah satu tindakan sempit yang sepatutnya melihat Belanjawan 2020 dalam konteks mengurangkan kos hidup dan bukannya bersifat perkauman.

Menurutnya, ia bukan sahaja menguntungkan rakyat, malah membantu merangsang dan mengembangkan ekonomi melalui perbelanjaan domestik.

“Untuk perniagaan domestik, ia akan berkembang kerana kita akan dapat membantu peniaga dan rakyat khususnya umat Islam serta Melayu supaya mereka ini akan mempunyai lebih duit poket untuk berbelanja,” katanya dalam sesi Sinar Harian FB Live di Parlimen hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus