Isu Kashmir: Hormati pendirian Tun M

Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Muslim Imran (tengah); Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IAIS Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil (kiri) dan Kuasa Usaha Pakistan ke Malaysia Atif Sharif Mian (kanan) di forum bertajuk 'The Struggle for Freedom and Self Determination' di Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia hari ini.FOTO: BERNAMA
Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Muslim Imran (tengah); Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IAIS Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil (kiri) dan Kuasa Usaha Pakistan ke Malaysia Atif Sharif Mian (kanan) di forum bertajuk 'The Struggle for Freedom and Self Determination' di Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia hari ini.FOTO: BERNAMA
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-74 yang menyeru pertikaian di Kashmir antara India dan Pakistan diselesaikan melalui rundingan wajar dihormati, kata Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Atif Sharif Mian.

"Sebagai antara pemimpin dunia yang hebat, beliau memberikan satu kenyataan penting bahawa dunia tidak mampu lagi untuk mendepani konflik antara dua negara kuasa nuklear... ia boleh mencetuskan bencana kepada dunia," katanya selepas forum bertajuk ‘Palestine – Kashmir Forum: The Struggle for Freedom and Self Determination’, anjuran bersama Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di sini hari ini.

Sejak sekian lama akses terhadap makanan, ubat-ubatan dan internet oleh penduduk Kashmir adalah terhad, terdapat ribuan kakitangan tentera sentiasa menjalankan rondaan, dan lebih 10,000 cedera dan 800 lagi menjadi buta akibat terkena peluru senapang angin.

Justeru, Mian menghargai pendirian tegas Dr Mahathir berhubung isu Kashmir.

Kerajaan India mengenakan perintah berkurung dan menahan hampir 4,000 orang termasuk pemimpin politik, peguam dan wartawan.

Dalam pernyataan bersama pada akhir forum, penganjur menuntut komuniti antarabangsa bersatu menentang ketidakadilan terhadap penduduk Kashmir dan Palestin.

Presiden Mapim, Azmi Abdul Hamid berkata, pernyataan bersama itu akan diserahkan kepada Dr Mahathir di Putrajaya esok.

"Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran tentang Palestin dan Kashmir menjadikan satu dokumen yang boleh dirujuk semua pihak supaya boleh dijadikan asas untuk melakukan banyak kempen kesedaran sama ada melalui forum, seminar dan khutbah di masjid-masjid agar dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang apa yang berlaku,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Forum itu turut disertai wakil pertubuhan bukan kerajaan dari Kemboja, Thailand dan Indonesia. - Bernama