Sistem pendidikan perlu diubah ikut peredaran masa: Permaisuri Agong

Tunku Azizah mengambil gambar tulisan yang tertera di salah sebuah gerai pameran Pahang English Teaching Assistant 2019 Showcase di sini hari ini.
Tunku Azizah mengambil gambar tulisan yang tertera di salah sebuah gerai pameran Pahang English Teaching Assistant 2019 Showcase di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Sistem pendidikan negara perlu disesuaikan dengan perubahan dan peredaran masa kerana pembelajaran ialah kerjaya sepanjang hayat.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, dengan kepantasan teknologi yang sentiasa berubah, sistem pendidikan itu juga perlu disesuaikan mengikut arus semasa.

Menurutnya, tempoh pembelajaran formal dari berumur tujuh tahun sehingga usia 17 dan ke atas tidak lagi cukup untuk seorang individu untuk melaksanakan kerja kerana kedua-dua teknologi dan kepantasan sentiasa mengubah cara kerja.

Tunku Azizah bertitah, penyesuaian sistem pendidikan bagaimanapun tidak akan mengurangkan kepentingan sistem pendidikan formal sebaliknya ia menjadikan tahun-tahun asas proses pembelajaran itu lebih penting.

"Pelajar belajar bagaimana untuk belajar, bagaimana berfikir secara kritis, bagaimana menganalisis maklumat dan cara menerapkan keuntungan," titahnya dalam ucapan ketika merasmikan Program Pahang English Teaching Assistant 2019 Showcase di sini hari ini.

Pameran tersebut diadakan sempena pelaksanaan Fullbright English Teaching Assistanship (ETA) yang telah dilaksanakan di sembilan negeri iaitu Terengganu, Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Turut berangkat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mengulas program berkenaan, Tunku Azizah bertitah, dengan meningkatkan kebolehan Bahasa Inggeris seseorang memiliki lebih banyak peluang dalam kehidupan peribadi dan profesional serta dapat bersaing dalam ekonomi global yang berubah pesat.

Artikel Berkaitan: