Peminat berduka artis K Pop, Sulli mati akibat depresi

Sulli ditemui mati di rumahnya pada jam 3:21 petang tadi.
A
A

PEMERGIAN seorang pelakon dan penyanyi terkenal dunia, Choi Jin-ri yang ditemui mati di kediamannya di Seongnam, Gyeonggi hari ini mengundang kesedihan dalam kalangan warganet di laman Twitter khusus peminatnya.

Pengurus peribadinya berkata, kali terakhir dia menelefon Jin-ri yang lebih dikenali sebagai Sulli pada Ahad lalu namun apabila ingin melawat di rumahnya hari ini mangsa ditemui sudah tidak benyawa di kediamannya sekitar jam 3.21 petang hari ini.

Dalam pada itu polis berkata pihaknya masih masih menjalankan siasatan terhadap kes ini namun pihaknya mengesyaki artis terkenal seantero dunia itu dipercayai membunuh diri walaupun tiada nota yang ditinggalkan mengatakan dia membunuh diri

"Kita percaya mangsa keseorangan di dalam rumah dan mati akibat mengantung diri dipercayai akibat daripada tekanan tetapi siasatan terperinci masih dilakukan," lapor The Korea Herald memetik sumber sebagai berkata.

Antara komen netizen yang bersedih atas pemergian artis terkenal tersebut.
Antara komen netizen yang bersedih atas pemergian artis terkenal tersebut.

Sulli atau nama sebenar Choi Jin-ri terlibat dalam bidang lakonan sejak umur kanak-kanak. Mangsa juga salah seorang kumpulan K-pop f(x) yang diterbitkan pada tahun 2009.

Sejak tahun 2014 dikatakan mangsa ingin berhenti dalam bidang lakonan kerana kebencian dan khabar angin dalam media sosial menjadi subjek utamanya.

Selepas tahun berikutnya, mendiang meninggalkan kumpulan tersebut dalam menjadi pengacara dalam rancangan “Night of Hate Comment” JTBC.

Pemergian Sulli kini menjadi trending di laman Twitter dengan lebih 100 juta kicau dan rata-rata peminat dan rakan artis lain menzahirkan rasa sedih dengan kejadian yang menimpa Sulli.

Tulis minminana "semoga anda tenang di sana wahai bidadariku yang cantik, baby saya, awak tidak akan merasa lagi kesakitan, saya sangat sayangkan anda #sulli,".

"Saya tak boleh dan perkara ini susah untuk saya terima saya tidak tahu mengapa tetapi kejadian ini membuatkan saya menangis. Semoga anda tenang di sana #sulli #Jonghyun,"kata xxninixxuna di laman Twitter

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang K-Pop, Sulli ditemui mati: Polis