Kerajaan Ecuador, penunjuk perasaan sepakat akhiri protes

Penunjuk perasaan orang asli menyambut baik perjanjian yang dicapai antara Moreno dan pemimpin peribumi untuk mengakhiri protes selama hampir dua minggu. - Foto AFP
Penunjuk perasaan orang asli menyambut baik perjanjian yang dicapai antara Moreno dan pemimpin peribumi untuk mengakhiri protes selama hampir dua minggu. - Foto AFP
A
A
A

QUITO - Presiden Ecuador, Lenin Moreno dan pemimpin peribumi telah mencapai perjanjian untuk mengakhiri protes hampir dua minggu yang menyaksikan sekurang-kurangnya tujuh terbunuh selain melumpuhkan ekonomi negara itu.

Di bawah persepakatan yang diumumkan sekitar jam 10 malam (waktu tempatan) semalam, Moreno bersetuju mengembalikan subsidi minyak manakala pemimpin pribumi akan memanggil semua pengikutnya untuk menamatkan tunjuk perasaan dan sekatan jalan raya.

Kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk membangunkan satu pakej baharu bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan, meningkatkan pendapatan dan mengurangkan defisit serta hutang awam Ecuador.

"Dengan perjanjian ini semua demonstrasi dan pergerakan di seluruh negara ditamatkan dan kami komited untuk memulihkan keamanan di negara ini," menurut kenyataan bersama.

Difahamkan kerajaan juga kini sedang membentuk suruhanjaya dengan kumpulan orang asli bagi membantu menentukan langkah seterusnya dalam menangani masalah ekonomi negara. - Agensi

Artikel Berkaitan: