Tak sempat joli hasil curi tabung masjid

Suspek berjaya diberkas orang awam sebelum diserahkan kepada polis.
Suspek berjaya diberkas orang awam sebelum diserahkan kepada polis.
A
A
A

BANTING - Belum sempat menikmati wang dalam tabung yang dicuri dari sebuah masjid, seorang lelaki warga asing berjaya ditahan orang awam di Kanchong Darat di sini pagi tadi.

Perbuatan suspek berjaya dikesan melalui rakaman litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan.

Melalui rakaman CCTV, suspek yang dianggarkan berumur antara 20 hingga 30-an itu mengopak tabung yang terdapat pada sudut masjid sebelum bertindak melarikan tabung berkenaan.

Pembantu Pengurus Masjid Jamek As Solihin Kanchong Darat Banting, Muhammad Shahrul Akbar Mohd Rafy berkata, suspek bagaimanapun berjaya ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Melalui rakaman CCTV yang dipasang pada masjid, suspek dilihat mengopak tabung yang terdapat pada sudut masjid tersebut kira-kira jam 2.44 pagi.

Perbuatan suspek berjaya dirakam melalui CCTV.
Perbuatan suspek berjaya dirakam melalui CCTV.

"Suspek kemudiannya bertindak melarikan dua tabung masjid yang berisi wang kutipan untuk hari Sabtu dan Ahad itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, pihak masjid kemudiannya dimaklumkan suspek berjaya ditahan tidak jauh dari kawasan masjid kira-kira jam 10.30 pagi bersama dua tabung dicurinya.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun tabung tersebut dilihat masih berkunci. Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalariffin Aman Shah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.