'Mata kami perit lihat mereka terima kerja kerana ada orang dalam'

Luahan netizen tular di media sosial.
Luahan netizen tular di media sosial.
A
A
A

SUKABUMI - Sekeping nota berkisahkan tentang pengangguran selain sukar mendapat pekerjaan jika tidak mempunyai 'orang dalam' tular di media sosial.

Nota sinis bertarikh 5 Oktober menggunakan tulisan tangan itu ditujukan khas kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi sebelum dimuat naik di Facebook.

Antara isi kandungan nota tersebut; "Bapak presiden, di Sukabumi memang tidak ada asap tapi mata kami perit. Ketika melihat mereka diterima kerja kerana punya orang dalam."

Nota ringkas itu diakhirkan dengan emoji sedih dan tanda pagar cerita pejuang loker.

Gara-gara nota itu, netizen membanjiri ruang komen Facebook dan menuntut janji Jokowi berkaitan rasuah dalam mencari pekerjaan.

"Sampul coklat tidak akan bergerak jika tiada yang meminta," tulis Deden Ancoey.

Kata Kelenci Wabi, dia berharap suara halus warga kota Sukabumi didengari Presiden dalam menghapuskan rasuah.

"Semoga di baca presiden! kita doakan sahaja," kata Bintang Arruby berharap 'tangan ghaib' itu dihapuskan segera elak berlaku penindasan.

Artikel Berkaitan:

Pengerusi Sukabumi Gerakan Proaktif, Anjak Priatma Sukma berkata, fenomena kesulitan untuk mencari pekerjaan di Sukabumi terutamanya di Kabupaten memerlukan sokongan daripada pihak kerajaan.

"Dalam konteks ini, kerajaan perlu memandang serius dan memberi komitmen sepenuhnya untuk menghapuskan korupsi, kolusi dan nepotisme (KKN) dalam tenaga kerja," katanya.

Sebelum ini, Presiden Jokowi menimbang untuk membatalkan undang-undang baharu yang mengawal agensi antirasuah negara itu sekali gus menimbulkan kebimbangan aktivis dan mendorong protes besar-besaran pelajar dalam tempoh beberapa dekad.

Dalam satu ucapan di TV, Jokowi berkata, beliau menerima banyak maklum balas berhubung undang-undang baharu itu termasuk sama ada beliau akan menggunakan kuasanya untuk menggantikannya dengan satu peraturan semata-mata.

“Tentu kita akan menimbangkannya, menilainya dengan segera," ujarnya.

Komisi Pemberantasan Rasuah (KPK) telah mendakwa beratus-ratus orang ahli politik, pegawai awam dan ahli perniagaan sejak ia ditubuhkan pada 2002, dan muncul sebagai agensi kerajaan yang paling dihormati.