'Pertama kali PTPTN langsung tidak disebut' - KJ

Khairy Jamaluddin hadir di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Sharifuddin Abdul Rahim
Khairy Jamaluddin hadir di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Sharifuddin Abdul Rahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2020 dilihat melakar sejarah pertama dalam tempoh antara 10 sehingga 20 tahun apabila isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) langsung tidak disebut.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) berkata, ini kerana Pakatan Harapan (PH) malu dengan sendirinya selepas gagal memenuhi janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

"Pembentangan Belanjawan 2020 Jumaat lalu paling bersejarah kerana buat pertamanya kalinya dalam tempoh 10 sehingga 20 tahun tidak disebut langsung (dalam belanjawan).

"Kalau zaman Barisan Nasional (BN) kita bagi diskaun kepada mereka yang buat bayaran penuh. Sesi libat urus (oleh kerajaan PH) hendak keluarkan kerangka baharu PTPTN langsung tidak ada," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengulas lanjut Khairy Jamaluddin berkata, impian PH untuk menjadi 'Harimau Asia' selepas mengambil alih pentadbiran negara juga bertukar menjadi tikus kerana ekonomi negara terus merudum.

Katanya, ekonomi negara ketika ini menunjukkan kemerosotan dalam segala indikator.

"Jadi apa yang saya boleh simpulkan, Belanjawan 2020 ini tidak dapat melindungi negara daripada gegaran daripada luar sama ada geopolitik dan perang dagang.

"Belanjawan kali ini kalis masa depan negara kita dan hanya menguntungkan kapitalis bukannya rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan: