Pusat Pemindahan Sementara Kampung Linsum, Seremban ditutup

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Linsum yang menempatkan seramai 13 orang daripada empat keluarga dalam kejadian ribut di Rantau Sabtu lepas ditutup sepenuhnya pada jam 9.08 pagi semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Seremban dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa dibenarkan pulang selepas mendapat arahan penutupan PPS oleh Pegawai Daerah Seremban.

Sebelum ini, mangsa ditempatkan di PPS berkenaan berikutan kediaman mereka di kuarters Jabatan Kerja Raya mengalami kerosakan akibat dibadai ribut dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu.

Selain rumah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau yang akan digunakan sebagai pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut mengalami kerosakan. - Bernama

Artikel Berkaitan: