Operasi tentera di Syria: 550 pengganas dineutralkan

Penduduk puak Kurdish melarikan diri selepas Turki meningkatkan operasi ketenteraan mereka di timur laut Syria semalam. - Foto: AFP
Penduduk puak Kurdish melarikan diri selepas Turki meningkatkan operasi ketenteraan mereka di timur laut Syria semalam. - Foto: AFP
A
A
A

ANKARA - Sejak Turki melancarkan operasi ketenteraan di utara Syria, seramai 550 pengganas dineutralkan, lapor agensi berita Anadolu memetik Kementerian Pertahanan Turki pada Isnin.

Pengganas terdiri daripada anggota Parti Pekerja Kurdistan (PKK)/Unit Perlindungan Rakyat (YPG)/Parti Kesatuan Demokratik (PYD) yang ditahan sepanjang operasi itu bermula minggu lalu.

Pihak berkuasa Turki menggunakan perkataan "dineutralkan" sebagai membawa maksud pengganas yang menyerah kalah atau terbunuh atau ditawan.

Jumlah terkini itu didedahkan menerusi ciapan kementerian.

Turki pada Rabu melancarkan Operasi Peace Spring untuk menghapuskan pengganas di utara Syria dengan alasan bagi memastikan keadaan keselamatan di sempadan Turki, membantu pelarian Syria pulang ke negara asal mereka dengan selamat selain mengekalkan integriti wilayah Syria.

Ankara mahu membersihkan kawasan utara Syria di Sungai Euphrates daripada pengganas PKK dan PYD/YPG merupakan cabang kumpulan pengganas Syria.

Dalam kempen keganasan lebih 30 tahun terhadap Turki, PKK disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turki, AS dan Kesatuan Eropah bertanggungjawab menyebabkan kematian 40,000 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi. - Bernama

Artikel Berkaitan: